Thursday, March 10, 2011

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR




PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT MSSDNS ZON SEREMBAN 1

Pertandingan telah diadakan pada 9 Mac 2011 bertempat di Centre Court, Paroi, Seremban. Dalam kejohanan tersebut, pasukan lelaki bawah 12 tahun sekolah kami telah berjaya menjadi johan. Kami amat berbangga kerana segala penat lelah jurulatih dan pemain akhirnya berbalas jua. tambahan pula ianya sebagai tanda mata kenang-kenangan buat guru besar YM Raja Azian bt Raja Ali yang akan bersara mulai 18 Mac 2011 ini. Terima kasih buat para pemain yang cikgu sayangi. Terima kasih juga buat rakan-rakan jurulatih, Pn Aziedawaty, Cikgu Ramli, Cik Junaidah, Pn Gantharubi, Pn Syarifah dan semua penasihat pasukan bola tampar sekolah. Tahniah juga kepada pasukan perempuan, walaupun tidak berjaya ke separuh akhir, namun usaha anda cikgu hargai.



Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki pada tahun ini.

Semoga anda semua akan lebih berdedikasi dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Tuesday, August 17, 2010

PENGGREDAN PSS 2010




Hari ini merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu tapi mendebarkan GPM SKBB. Penggredan PSS telah dilakukan oleh Pn Ruhayu Salam selaku Pegawai TEKNOPEN PKG Mantin. Takut pun ada, macam tak biasa je. Tapi tu lah, kami di SKBB buat setakat yang kami mampu je. Tambahan pula, pada tahun ini Bilik Audio Visual telah dikorbankan lantaran kekurangan kelas untuk menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian lain masih ok. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu GPM. Apa-apa pun kita tunggulah keputusan atau markah penggredan 2010 yang akan dimaklumkan oleh PKG tidak lama lagi.

Monday, August 2, 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2010







Pada 2 Mei 2010, Guru Besar telah melancarkan program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 ketika perhimpunan mingguan. Tujuan program diadakan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia rajin membaca buku.



Terima kasih Guru Besar

MEMPROSES BAHAN BUKU PSS

Sepanjang tahun 2010, pengawas pss telah banyak membantu GPM dalam memproses bahan buku dan bahan bukan buku juga membuat proses baik pulih buku-buku rosak. Sehingga Ogos, mereka telah membuat 5 kali aktiviti ini.




Dalam aktiviti memproses buku di pss, petugas-petugas ini telah melaksanakan aktiviti seperti mengecop, mengisi borang slip kerja, melabel dan juga memasukkan data ke dalam sistem pengautomasian. GPM amat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka dalam membantu GPM.

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Terima kasih daun keladi
Lepas ni nak minta tolong lagi

SAMBUTAN HARI GURU 2010














Sambutan Hari Guru 2010 telah diadakan pada 25 Mei 2010 yang. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tari guni/upih, tiup tepung, boling padang, anyam ketupat dan isi air dalam botol. Selepas rehat acara disambung semula dengan persembahan oleh pelajar-pelajar SKBB yang kreatif. Tidak ketinggalan juga persembahan dari guru-guru. Guru Besar telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah.


Syabas dan tahniah kelab perkembangan staf SKBB.

Tuesday, May 18, 2010

LDP MEMBINA 'E-MAIL GROUPS'











Hari ini semua guru dan staf sokongan sekolah telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan membina 'e-mail groups' sekolah. LDP ini bermula pukul 3.00 petang di Makmal ICT sekolah. Dalam LDP ini, para peserta kursus telah diberikan taklimat, penerangan dan tunjuk ajar oleh GPM dengan dibantu oleh En Faizal. LDP ini berakhir pada pukul 4.30 petang dengan sebilangan peserta telah dapat membina e-mail sendiri.
Amat berbesar hati dan terima kasih tidak terhingga kerana Guru Besar, YM Raja Azian Raja Ali juga telah sudi menghadiri kursus ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua GPK dan rakan guru serta staf-staf sokongan.