Thursday, April 22, 2010

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PSS













Semua GPM Kawasan Mantin telah dipanggil bagi menghadiri bengkel pengurusan dan pengoperasian PSS di PKG Mantin. Bengkel tersebut berjalan selama dua hari iaitu bermula pada 20 April 2010 hingga 21 April 2010 yang lalu. Dalam bengkel tersebut, semua GPM telah diberi taklimat berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah. GPM juga didedahkan tentang ciri-ciri pss cemerlang. GPM juga telah dibahagikan tugas mengikut kumpulan bagi menghasilkan contoh dan panduan bagi menguruskan pusat sumber di sekolah. Setiap ahli GPM akan menyumbangkan idea mengikut tugasan diberikan dan idea tersebut dikumpulkan untuk dibentangkan. Dengan ini, GPM mempunyai pelbagai langkah dan pilihan untuk menguruskan pss masing-masing.
Selain itu, GPM juga telah didedahkan berkaitan pembinaan blog pss masing-masing. Slot ini amat mencabar bagi GPM kerana perlu mencipta blog pss sendiri. Taklimat berkaitan blog ini amat ringkas tetapi padat, tambahan pula banyak kekangan dihadapi ketika membina tapak blog tersebut. Namun, berkat usaha gigih semua GPM dan fasilitator yang membantu, maka terbinalah blog ini.
Bengkel selama dua hari sememangnya padat untuk dihadapi oleh semua GPM. Itulah sebenarnya antara cabaran yang perlu dilalui oleh setiap GPM di sekolah. Syabas kepada semua sahabat GPM.

No comments:

Post a Comment